Popular Posts

Thursday, January 29, 2015

Untuk dapat yang sempurna

RENUNGAN & HIKMAH:

Suatu hari, Khalil Gibran bertanya kepada gurunya.

"Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"

Gurunya menjawab : "Berjalan luruslah kamu di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan berpatah kembali ke belakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, Gibran kembali dengan tangan kosong.

Gurunya bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapat sekuntum bunga pun...???"
Gibran berkata: "Sebenarnya tadi aku sudah menjumpainya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, baru aku sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi..!"

Sambil tersenyum, gurunya berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya.Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.."

● Bila tak mampu memberi, jangan mengambil.
● Bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci.
● Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
● Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan menyusahkannya.
● Bila tak sanggup memuji, jangan berhujah.
● Bila tak boleh menghargai, jangan menghina. "

JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita."

No comments:

Post a Comment