Popular Posts

Friday, January 30, 2015

Ahli Sunnah Waljamaah jawab wahabi

Wahhabi cuba mem'viral'kan pengurusan jenazah Almarhum Al Malik Faisal Penjaga Dua Kota Tanah Haram yang katanya ikut sunnah berbanding dengan pengamalan pengurusan jenazah di Malaysia.

Pertanyaan kami :

1. Sunnah yang kamu fahami adakah hanya ketika pengurusan jenazah sahaja dan bukan seluruh aspek kehidupan ?

2. Sunnah yang kamu fahami adakah tidak berkait dengan pemahaman para ulamak (pewaris para nabi) yang membenarkan doa, bacaan al Quran, menaburkan bunga, menyiram air di tanah kubur yang ada sandaran dari al Quran dan hadith ?

3. Sunnahkah yang kamu laungkan hanya ketika pengurusan jenazah sedangkan ketika ini di Kota Makkah telah dihidupkan budaya hedonisme, bangunan kepunyaan Yahudi terpacak kiri kanan ?

4. Sunnahkah yang kamu hidupkan sedangkan peninggalan Rasulullah dihapuskan secara terancang, manakala berhala, kuburan musyrikin dipulihara dengan baik di Arab Saudi ?

5. Jangan lupa, sejarah hitam kejahatan yang dilakukan oleh Bani Sa'ud terhadap ulamak dan umat Islam untuk merampas tanah haram.

6. Tidak ada berkabung ? Jangan berbohong. Bohong itu amat dilarang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Negara-negara Arab ada yang berkabung sehingga 40 hari.

7. Sunnahkah bersekongkol dengan Amerika Syarikat, berganding bersama-sama dengan erat. Hillary Clinton pun mengakui membiayai dana untuk wahhabi.

Banyak lagi bid'ah yang semakin subur di Tanah Haram.

Asas-asas amalan yang dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia sabit dari al Quran dan Hadith.

Allah berfirman dalam al Quran :

Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

Dari Hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ﺍْﻮﹷﺘﹿﻓﹶﺄﹷﻓ ﺮْﻴﹷﻐﹻﺑ ِ ﻢِْﻋ ٍ ﺍﻮﹷﻀﹷﻓ ﺍﻮﹷﺿﹶﺃَﻭ ءَﻤَُﻌْﺍ .ِ ﻰﳲﺘَﺣ ﺍﹶﺫِﺇ ﻢَ ْ ﻖْﺒُﻳ ِ ﺎﻤِﻟَﻋ ً ﺬﹷﺨﳲﺗﺍ َ ﺱﺎﳲﻨﻟﺍ ُ ﺎﺳْﻭُﺅُﺭ ً ﻻﺎﳲﻬُﺟ ً ﺍﻮُِﺄُﺴﹷﻓ ﻥِﺇ َّﷲَﻻَ ﺾﹻﺒﹿﻘَﻳ ُ ﻢِْﻌْﺍ َ ﺎﻋﺍَﺰِﺘﹿﻧﺍ ً ﻪُﻋِﺰﹷﺘﹿﻨَﻳ ُ ﻦِﻣ َ ﺩَﺒِﻌْﺍ ،ِ ﻦِﻜََﻭ ْ ِﺾْﺒﹷﻘﹻﺑ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

ءﺎﻤﻠﻌﻟﺍ ﺔﺛﺭﻭ ءﺎﻴﺒﻧﻷﺍ - Ulamak adalah pewaris para nabi (hadith hasan)

Imam Ali bin Abi Thalib / Muhammad bin Ibnu Sirin :

ﻥِﺇ َّ ﺍﹶﺬﹷﻫ ﻢِْﻌْﺍ َ ﻦْﻳِﺩ ،ٌ ﺍْﻭُﺮﹹﻈﹿﻧﺎﹷﻓ ﻦﻤَﻋ ْ ﻥْﻭﹸﺬﹹﺧﹾﺄﹷﺗ َ ْﻢﹹﻜﹷﻨْﻳِﺩ

"Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu". (Lihat: Mukadimah Sahih Muslim 1/14. ﺔﻳﺎﻔﻜﻟﺍ . Hlm. 121. Al-Khatib al-Baghdadi).

Bacaan Surah Yaasin

sabit dalam hadith sahih :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Ulamak menyatakan sunat berdasarkan hadith sohih meletakkan p
elepah kurma basah di atas kubur - Rujuk Mughni Al Muhtaj, Fatawa Al Hadithiah, Riwayat Imam Asy Syafie, Nailul Authar 4/84, I'aanath at Tholibin

Talqin

Al Hafidz Ibnu Shalah

Sebagaimana dinukil Imam An Nawawi: “Telah kami riwayatkan mengenai hal itu (talqin mayat setelah dikubur) hadits Abu Umamah, yang tidak tegak sanadnya (dhoif). Akan tetapi ia dikuatkan dengan syawahid dan amalan penduduk Syam sejak dahulu.” (Al Adzkar, 279).

Imam An Nawawi:

“Dan hadits tentangnya (talqin setelah dikubur) dhaif, akan tetapi hadits-hadits fadhail ditoleransi oleh para ahli ilmu dari muhaditsin dan lainnya. Dan hadits ini dikuatkan dengan syawahid dari hadits-hadits yang shahih semisal,”berdoalah kalian kepada Allah untuk keteguhannya,’ dan washiyat Amru bin Ash, “Berdirilah kalian di atas kuburku selama waktu menyembelih kambing dan membagi-bagikan dagingnya, hingga aku merasa tenang dengan keberadaan kalian, dan aku mengetahui, apa yang bisa membuat utusan Allah (Munkar-Nakir) pergi.’ Yang diriwayatkan Muslim dalam shahihnya. Dan ahlu Syam sudah mengamalkan talqin ini sejak masa awal.” (Ar Raudha At Thalibin, 2/139)

Doa dan bacaan al Quran

Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau "al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah" menyatakan, antara lain sebagai berikut:-

Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam "Syarah al-Muhadzdzab" bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.

Bacaan Al Fatihah

Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi bekas Mufti Iraq dalam kitab al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq menyatakan bacaan al Fatihah kepada simati dibolehkan :

ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.

Kenduri Arwah

Ia bukan larangan kerana di dalamnya menghidupkan sunnah bacaan al Quran, doa, zikir dan pahalanya dihadiahkan kepada simati, mensedekahkan makanan kepada tetamu. (lihat jawapan yang telah diberikan di atas)

BERHATI-HATILAH DENGAN AJARAN WAHHABI YANG CUBA MEMBAWA AJARAN ENGKAR KEPADA SUNNAH.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Raja Abdullah. Amiin .

Copy paste

No comments:

Post a Comment