KENYATAAN RASMI
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN STATUS TRAGEDI MH370
SEMPENA
PENGUMUMAN STATUS PENCARIAN MH370 SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN
1. Saya mengambil kesempatan bersama seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah diisytiharkan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dianggap telah terkorban seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) petang tadi.
2. Ekoran daripada pengumuman tersebut Kerajaan telah mengesahkan bahwa semua penumpang dan anak kapal telah dianggap meninggal dunia, saya ingin menjelaskan beberapa perkara mengenai kedudukan hukum dan berkaitan dengan tragedi MH370 sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang lalu telah mengambil beberapa ketetapan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan. Sebaliknya semua umat Islam adalah diseru supaya mengadakan tahlil dan doa kepada semua penumpang dan anak kapal MH 370.
3. Sehubungan dengan itu, Masjid Negara akan mengadakan Tahlil khas sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok, 30 Januari 2015. Manakala, Masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga akan mengadakan Majlis Tahlil khas sejurus selepas Solat Jumaat.
4. Dalam masa yang sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama.
5. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
Sekian dimaklumkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
(DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA)
29 Januari 2015
Popular Posts
-
Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab ๐ ๐ธterima kasih - syukran ๐ธsama sama - afwan ๐ธsaya minta maaf - aseef (as...
-
Info Kesihatan: Perkongsian... Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tuh mulai hari nih sebab 1 tin ...
-
GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK ๐ Tema hari guru tahun ni 2015 ๐ Sedap sajak A. Samad Said Murid sekarang..Ya Allah amat mengu...
-
ุงูุณَّูุงَู ُ ุนََُْูููู ْ َูุฑَุญْู َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُُู ُِ ุจِุณููููููููููۡ ِ ูฑِููู ูฑูุฑَّุญููۡ َِٰูู ูฑูุฑَّุญِููููููููู ِ ุงَُّูููู َّ ุตَِّู ุนََูู ู ُุญ...
-
Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung. Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita ta...
-
Pada siapa2 yg ada kenalan atau saudara mara yg berminat utk bertugas dlm bahagian faciliti management di Mekah selama 2 tahun dari pelbaga...
-
Malam ini jam 3.25am waktu Mecca, bulan akan mengelilingi (Tawaaf) Kaaba, ini terjadi dalam 100,000 tahun sekali. Sky will be light blue, th...
Thursday, January 29, 2015
Kenyataan rasmi MH370 oleh JAKIM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment