Popular Posts

Saturday, February 7, 2015

Guru bawa murid kenderaan sendiri

Isu Guru membawa murid menggunakan kenderaan sendiri bagi aktiviti-aktiviti di luar sekolah
1. Tiada halangan asalkan guru rela dan bersetuju tanpa paksaan membawa murid tersebut.
2. Arahan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009. Langkah-langkah keselamatan semasa mengikuti aktiviti program lawatan diluar waktu persekolahan perlu di patuhi.
3. Sekiranya berlaku kemalangan,
a) Pihak Guru boleh membuat tuntutan yang akan dibayar oleh kerajaan (TUNTUTAN EX-GRATIA) sekiranya berlaku dalam 2 keadaan:
i) BERLAKU KECACATAN KEKAL
ii) KEMATIAN
Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil.13/1994 dan Bil.7/2001.

b) Murid boleh membuat tuntutan skim takaful sekolah Malaysia (TPSM) rujukan KP(BPSH-SPKIA)703/15/(41) 31Disember 2013.

c) Kerosakan kereta guru - pihak guru perlu membuat tuntutan insuran kereta yang di beli.

d) Walaubagaimanapun pihak sekolah digalakkan untuk membeli insuran tambahan bagi perlindungan semasa perjalanan pergi dan balik. Cara pembelian insuran adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

Abdul Rahim Bin Mohidin
Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin
KPM..maklum utk siapa yg ada kaitan dgn guru2.sbb ramai tak tau.

No comments:

Post a Comment