Popular Posts

Sunday, February 1, 2015

Apa itu isyraf

.
K E H E B A T A N
D U N I A

D u n i a  n i  a p a ?

Dunia ini dicipta untuk bantu dalam usaha agama.

Dunia ini dilaknat, dijauhkan dari rahmat Allah.

Dunia tidak ada nilai di sisi Allah.

Dunia jadi berharga sekiranya digunakan untuk agama.

Orang yang beriman kena jadi orang yang beragama. Wujudkan agama dalam diri.

Letak kehidupan atas landasan agama. Orang beriman guna dunia untuk agama.

Allah bagi harta untuk bina akhirat.

Qarun telah diazab supaya jadi pengajaran untuk seluruh umat. Jangan jadikan diri kita macam Qarun.

I S Y R A F
Isyraf adalah belanja lebih dari keperluan.

Isyraf menjadikan kita orang yang berhajat pada harta.

Belanja lebih, perlu lebih duit, kena bagi masa lebih untuk dunia. Maka tak ada masa untuk agama dan tak dapat nak bina akhirat.

Kehidupan dunia sedikit sahaja, hanya 24 jam.

Hajat semakin banyak
Masa tak bertambah
Dunia jadi sempit

Ini dipanggil azab Allah

Kehidupan dah lebih dari keperluan
Tiada masa untuk bina akhirat

Syaitan telah buka jalan isyraf - guna diri, harta, masa lebih daripada yang sepatutnya.

Sehinggakan kehidupan manusia berpaling dari agama.

Manusia telah ikut dakwah syaitan. Syaitan tipu supaya tertib kehidupan tak sama dengan tertib kehidupan Nabi.

Syaitan buat kerja supaya manusia sibuk dengan dunia. Jalan syaitan ialah lalai dari amal dan jahil agama.

M E N G H A L U S I
M A K S U D  H I D U P
Y A N G  S E B E N A R N Y A

No comments:

Post a Comment