Popular Posts

Sunday, February 1, 2015

2 bijj bata yang senget

Kisah DUA biji bata yang senget....

Pak Mamat memang mahir dalam hal membina rumah dan pagar berbatu-bata. Boleh dikatakan semua rumah penduduk di kampung itu di bina oleh Pak Mamat. Mereka berpuas hati dengan hasil kerja Pak Mamat kerana dia sangat teliti.

Suatu ketika, dia dipanggil untuk membina semula pagar masjid yang hampir roboh. Satu persatu bata disusun. Beberapa bulan kemudian berdirilah sebuah tembok yang mengelilingi masjid di kampung itu. Keseluruhannya, Pak Mamat menggunakan 5000 biji bata. Pak Mamat berjalan sambil meneliti hasil kerjanya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua biji bata yang senget. Pak Mamat kesal, bagaimana dia boleh tidak perasan bata-bata itu senget semasa ia dipasang sedangkan dia selalu teliti dalam kerjanya. Untuk membetulkannya agak susah kerana semen sudah keras dan kalau nak betulkan juga, dia terpaksa memecahkan beberapa biji bata yang lain. Pak Mamat tidak berpuas hati.  Pagar yang dibina selama beberapa bulan itu dirasakan tidak cantik hanya disebabkan oleh dua biji bata yang senget itu.

Kebetulan Pak Imam lalu di situ ketika itu.

"Cantik pagar yang kau bina ni, Mamat" kata Pak Imam memuji.

"Cantik apanya Pak Iman. Pak Imam nampak tak dua biji bata yang senget tu?" kata Pak Mamat.

"Ya, aku nampak tapi aku juga nampak 4998 biji bata yang elok tersusun. Di sekeliling 2 biji bata yang senget itu, tersusun indah 4998 biji bata yang elok dan sempurna." kata Pak Imam sambil tersenyum.

Dalam kehidupan ini, kita sering fokus hanya pada kesalahan dan kesilapan. Hanya sekali buat silap, 1000 kebaikan sebelum itu kita lupakan. Orang yang berpuluh tahun menjadi teman kita bertukar menjadi musuh hanya kerana sekali berseliseh pendapat. Suami isteri yang kahwin bertahun-tahun berpisah hanya kerana pertengkaran sehari. Kita hanya melihat dua biji bata yang senget sedangkan masih banyak lagi bata yang tersusun cantik. Fokuskan pada kebaikan, lupakan kejelekan dengan memberi kemaafan. Memberi kedamaian kepada orang lain bererti kita memberi kedamaian kepada diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment