Popular Posts

Monday, April 13, 2015

Memilih sahabat

CARILAH ORANG-ORANG YANG APABILA KITA MELIHATNYA SAHAJA PASTI KITA AKAN INGAT KEPADA ALLAH TA'ALA BUKANNYA MEREKA YANG MEMBUATKAN KITA LALAI DAN LUPA KEPADA ALLAH BAHKAN MEMBAWA KITA KEPADA KEMAKSIATAN

Dengan melihat seseorang itu juga boleh meningkatkan iman kita.Sepertimana seorang Tabi'in yang bernama Muhammad Bin Wasit Radhiyallahu'Anhu yang diantaranya disebutkan oleh Abdullah Bin Umar Radhiyallahu'Anhu.

"Kadang-kadang iman kami bertambah dan berkurang tapi apabila kami merasakan iman kami mula menurun je maka kami akan segera mencari Muhammad Bin Wasit.Buat apa?Tengok kepada dia sahaja maka kami akan ingat kepada Allah سبحانه وتعالى."

Tapi hari ini perkataan dan cara ini telah diketahui oleh musuh-musuh Islam.Mereka dah tahu.Dan nak jauhkan pandangan mata orang-orang Islam ini daripada melihat kepada orang-orang yang akan mendekatkan diri kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Maka ditonjolkan ikon-ikon,gambaran-gambaran orang-orang yang diminati dan sebagainya.Yang mana mereka ini merupakan orang-orang yang menjauhkan diri daripada Allah  سبحانه وتعالى.

Dan kita akhirnya menggunakan mata ini tidak melihat kepada orang-orang yang mengingatkan kita kepada Allah tetapi melihat kepada orang-orang yang menjauhkan kita daripada Allah  سبحانه وتعالى.

Hargailah nikmat mata ini.Terpulang kepada kita ingin melihat kepada sesiapa pun kerana kita memiliki mata ini.Dan terpulanglah kaki kita ini untuk duduk-duduk dengan siapa dan pergi ke mana kerana kitalah yang memilikinya.

Akan tetapi HARGAILAH semua nikmat yang dikurniakan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita dengan kita gunakan,halakan,tujukan segala pandangan kita dan perbuatan kita kepada Allah  سبحانه وتعالى.Yang mana setiap apa yang kita lakukan itu adalah membuatkan kita semakin dekat kepada Allah bukannya membuatkan kita semakin jauh daripada-Nya baik kita sedar mahupun kita tidak sedar.

Adakah masih ada lagi orang-orang seperti ini di zaman kita sekarang?
Yang mana apabila kita melihatnya,bersamanya sahaja pasti kita akan mengingati Allah  سبحانه وتعالى?

Masih ada lagi.Ada orang yang kita duduk-duduk pasti kita ingat kepada Allah سبحانه وتعالى.Perkataannya itu sahaja pasti akan meningkatkan iman kita.Duduk-duduk dengan  dia pun akan memberikan ketenangan kepada kita.Mengingatkan kita kepada Allah سبحانه وتعالى.

Akan tetapi ternyata hari ini hatta di dalam rumah kita,di luar rumah atau di mana-mana sahaja.Semuanya memanggil kita untuk jauh daripada Allah سبحانه وتعالى dan mendekatkan diri kita kepada maksiat.

Dengan siapa kita berkawan itu akan mempengaruhi diri kita,akhlak kita.Kalau kita berkawan dengan mereka yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah سبحانه وتعالى yang baik akhlaknya maka pasti diri kita,iman kita pasti akan meningkat dan terus meningkat dan akhlak kita juga pasti akan baik sepertimana orang yang kita rapat.

Akan tetapi sekiranya yang kita berkawan itu yang kita rapat itu adalah mereka yang membuatkan diri kita lalai dalam mengingati Allah  سبحانه وتعالى yang menjauhkan kita daripada Allah dan yang menarik kita kepada kemaksiatan maka ketahuilah kita adalah merupakan orang yang RUGI sekali.

Tak salah kita nak berkawan dengan sesiapa pun.Bahkan itu adalah yang sebaik-baiknya kerana kita menyambung hubungan silaturrahim sesama Islam.Akan tetapi kita perlu bijak di dalam pergaulan kita yang mana setiap pergaulan kita,muamalat kita pasti akan memberikan kesan kepada diri kita hati kita.Jikalau baik pergaulannya maka baiklah kesannya.Akan tetapi sekiranya sebaliknya maka buruklah jadinya.

No comments:

Post a Comment