❇ Tazkirah Subuh...
KEHEBATAN QAILULAH
■ Maksud Hadis :
- Syaitan tidak melakukan Qailulah.
- Oleh itu orang- orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10min- 40 min akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
■ Sabda Rasullah s.a.w :
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah"
* Riwayat ai- Tabrani
■ Apa itu Qailulah?
- Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
■ Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah?
- Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12pm sehingga sebelum Zohor.
- Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.
■ Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah?
✅ Mengikut kajian, 1 MINIT Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 MIMIT waktu tidur kita di waktu malam.
✅ Maksudnya KUALITI TIDUR :
1 minit siang = 45 minit malam
✅ Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
■ Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
■ Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap".
■ Di negara MAJU barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2pm- 4pm.
■ Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.
■ Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6jam- 8 am berjaga.
■ Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh.
■ Kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12pm- 1pm, ia sudah cukup 7jam- 8 jam kita berjaga.
■ Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat- sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu.
■ Ia sangat sesuai dengan fitrah badan manusia.
■ Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5min- 20 min.
■ Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Insyaa Allah
■ Sesungguhnya Janji Allah swt melalui lidah para Rasul itu adalah BENAR
Allahualam.
No comments:
Post a Comment