Popular Posts

Wednesday, February 25, 2015

Sajak guru a samad said

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK �� Tema hari guru tahun ni 2015 ��

Sedap sajak A. Samad Said


Murid sekarang..Ya Allah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jgn hilang pertimbangan ..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Keadaan di padang mahshar

Bismillah. Baca ni series rasa nk nangis. Pls Read This ! Tlg bce smpi habes walaupn pnjg..

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.
         
Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
         
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
      
����Kita yang perempuan, jagalah diri  kita..jauhkan tudung yang singkat, xmelepasi paras dada, ketat seluar dan baju... ��Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.��
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. ��Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.��

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, lupa untuk tawadhuk, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu kita.
        
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam.       
   

Tuesday, February 24, 2015

Email arwah ayah

BACA TAU, X RUGI BACA
��������������������������

����SEDIH...!
   
SEORANG PEMUDA DUDUK DI HADAPAN LAPTOPNYA. LOGIN FACEBOOK.

BENDA PERTAMA SEKALI DIA CHECK ADALAH INBOX.

HARI INI DIA TERLIHAT SESUATU YANG DIA TERLEPAS PANDANG SELAMA INI.

BAHAGIAN ‘OTHER’ DI INBOXNYA

ADA SATU, DUA MESEJ.

MESEJ PERTAMA, SPAM.

MESEJ KEDUA DIBUKANYA.

MESEJ 3 BULAN YANG LEPAS TARIKHNYA.

DITATAP ISINYA,

“SALAM.

INI KALI PERTAMA ABAH CUBA GUNA FACEBOOK.

ABAH CUBA TAMBAH KAMU
SEBAGAI KAWAN TAPI TAK DAPAT.

ABAH PUN TAK FAHAM SANGAT BENDA NI.

ABAH CUBA HANTAR MESEJ INI KEPADA KAMU.

MAAF, ABAH TAK BIASA SANGAT MENAIP. INI PUN KAWAN ABAH YANG AJARKAN.

INGAT TAK BILA PERTAMA KALI KAMU ADA HENFON?

MASA TU KAMU TINGKATAN
4. ABAH KESIAN SEMUA ANAK-ANAK SEKARANG ADA HENFON.

JADI, ABAH HADIAHKAN PADA KAMU SATU. DENGAN HARAPAN, KAMU AKAN CALL ABAH.

KALAU KAMU ADA NAK KONGSI MASALAH TENTANG ASRAMA ATAU SEKOLAH ATAU APA-APA SAJA.

TAPI, KAMU HANYA CALL ABAH SEMINGGU SEKALI. TANYA TENTANG DUIT MAKAN DAN BELANJA.

ABAH TERFIKIR JUGA, TOPUP RM10 TAPI CALL ABAH TAK SAMPAI 5 MINIT.
BOLEH HABIS KE PREPAID TU?

MASA KAMU KECIL DULU, ABAH INGAT LAGI BILA KAMU DAH BOLEH BERCAKAP.

KAMU ASYIK PANGGIL,

‘ABAH, ABAH, ABAH’.

ABAH SERONOK SEKALI ANAK LELAKI ABAH PANGGIL ABAH.

PANGGIL MAMA.

ABAH SERONOK DAPAT
BERCAKAP DENGAN KAMU WALAUPUN KAMU MUNGKIN TIDAK INGAT
DAN TAK FAHAM APA ABAH CAKAPKAN DI UMUR KAMU 4, 5 TAHUN.

TAPI, PERCAYALAH.
ABAH DAN MAMA CAKAP DENGAN KAMU BANYAK SANGAT.

KAMULAH  PENGHIBUR KAMI DI SAAT KAMI BERDUKA.

WALAUPUN HANYA DENGAN KELETAH
GELAK TAWA SI KECIL.

BILA KAMU SEKOLAH RENDAH. ABAH INGAT LAGI KAMU SELALU BERCAKAP
DENGAN ABAH KETIKA MEMBONCENG MOTOR DENGAN ABAH.

SETIAP PERGI DAN
BALIK SEKOLAH. MACAM-MACAM KAMU CERITAKAN PADA ABAH.

TENTANG CIKGU, SEKOLAH, KAWAN-KAWAN.

ABAH JADI MAKIN BERSEMANGAT BEKERJA
KERAS CARI DUIT UNTUK BIAYA KAMU KE SEKOLAH. SEBAB KAMU SERONOK
SEKALI. GEMBIRA.

AYAH MANA TIDAK GEMBIRA ANAK SUKA KE SEKOLAH BELAJAR.

BILA KAMU SEKOLAH MENENGAH. KAMU ADA KAWAN-KAWAN BARU.

KAMU BALIK DARI SEKOLAH, KAMU MASUK BILIK. KAMU KELUAR BILA MASA MAKAN.
KAMU KELUAR DENGAN KAWAN-KAWAN.

KAMU MULAI JARANG BERCAKAP DENGAN ABAH.

KAMU PANDAI.

AKHIRNYA MASUK ASRAMA. DI ASRAMA, JARAK
ANTARA KITA MAKIN JAUH.

KAMU CARI KAMI BILA PERLU.

KAMU BIARKAN KAMI
BILA TAK PERLU.

ABAH TAHU, NALURI REMAJA. ABAH PUN PERNAH MUDA.

AKHIRNYA, ABAH
DAPAT TAHU KAMU ADA KEKASIH. KETIKA DI UNIVERSITI,

SIKAP KAMU SAMA
SAHAJA KETIKA DI SEKOLAH MENENGAH.

JARANG HUBUNGI KAMI.

BILA BALIK CUTI, KAMU DENGAN HENFON KAMU. KAMU DENGAN LAPTOP KAMU. KAMU
DENGAN INTERNET KAMU. KAMU DENGAN DUNIA KAMU.

ABAH TERTANYA-
TANYA JUGA SENDIRI.

ADAKAH KAWAN ISTIMEWA ITU LEBIH PENTING DARI ABAH DAN MAMA?

ADAKAH ABAH DAN MAMA CUMA DIPERLUKAN BILA KAMU NAK NIKAH SAHAJA SEBAGAI PEMBERI RESTU?

ADAKAH KAMI IBARAT TABUNG PADA KAMU SAHAJA?

HAKIKATNYA, KAMU JARANG BERBICARA DENGAN ABAH LAGI.

ADA PUN BOLEH
DIBILANG DENGAN JARI.

BERJUMPA TAPI TAK BERKATA-KATA.

SEBUMBUNG TAPI
SEPERTI TAK BERSUA.

BERTEGUR BILA CUMA HARI RAYA.

TANYA SEPATAH, JAWAB
SEPATAH. DILETER, KAMU TARIK MUKA. DIMARAH, KAMU TAK BALIK CUTI.

MALAM NI, ABAH SEBENARNYA RINDU SANGAT PADA KAMU.

BUKAN MAHU BERLETER, MENGUNGKIT ATAU MEMBANGKIT.

CUMA ABAH DAH TERLALU TUA.

ABAH DAH DI HUJUNG
60 AN. KUDRAT ABAH TIDAK SEKUAT DULU LAGI.

ABAH TAK MINTA BANYAK…

KADANG-KADANG, ABAH CUMA MAHU KAMU BERADA DI SISI ABAH.

BERBICARA TENTANG HIDUP KAMU. LUAHKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATI KAMU.
MENANGIS PADA ABAH. MENGADU PADA ABAH. BERCERITA PADA ABAH
SEPERTI KAMU KECIL-KECIL DULU.

APAPUN. MAAFKAN ABAH ATAS SURAT ABAH INI.

JAGALAH SEMBAHYANG. JAGALAH HATI. JAGALAH IMAN.

MUNGKIN KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN ABAH.

NAMUN, JANGAN PULA KAMU TIDAK PUNYA WAKTU BERBICARA DENGAN TUHAN.

USAH LETAKKAN CINTA DI HATI PADA SESEORANG MELEBIHI CINTA KEPADA TUHAN.

MUNGKIN KAMU TERABAIKAN ABAH.

NAMUN JANGAN KAMU MENGABAIKAN TUHAN.

MAAFKAN ABAH ATAS SEGALANYA.”

PEMUDA MENITISKAN AIR MATA.

DALAM HATI PERIT TIDAK TERKIRA.

MANA TIDAKNYA. TULISAN AYAHANDANYA ITU DIBACA SETELAH 3 BULAN BELIAU PERGI BUAT
SELAMA-LAMANYA.

DI SAAT TIDAK MUNGKIN LAGI MAMPU MEMELUK
TUBUH TUA AYAHNYA.

~~~HARGAI ORANG TUA KITA SELAMA DIA MASIH HIDUP...

KADANG KALA KITA
TERLALU SIBUK DENGAN KERJA...

SAMPAIKAN KITA LUPA AKAN DIA YANG
MEMBESARKAN KITA...

MEMBERI PENDIDIKAN UTK KITA BEKERJA..

MENGAJAR KITA BERJALAN UTK BEKERJA..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA

COPY PADA SESIAPA YG MENYAYANGI
AYAH DAN EMAK KITA

INSHALLAH .

Monday, February 23, 2015

Anugerah Allah yang tak ternilai

Cuba isi jawapan di bawah ini (sila jawab dengan jujur).

1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul? Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).

"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).

"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)
Jawapan Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

Maa syaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.

Yakinlah! Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba Allah yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT..
Wallahuaklam- Semoga bermunafa'at kepada diriku dan kalian jua.

Sunday, February 22, 2015

Harga oksigen

اسلام عليكم ورحمة الله وبرك ڤارا صحباة أسرة.

Rasa terpanggil nak kongsi maklumat ini!

Tahukah anda harga Oksigen di hospital?
RM10 seliter.

Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ?
RM3 seliter.

Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia menyedut 2880 liter Oksigen, & 11376 liter Nitrogen ?

Jika bahan udara ini dinilaikan  dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, akn mencapai RM56,060/hari/manusia.

Kalau didarabkan sebulan RM56,060x 30hari = RM1,681,818/seorang..

Orang yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biayaan pernafasan untuk hidupnya, apabila Allah SWT  menggunakan Rumus Niaga manusia.

Masihkah kita MALAS UNTUK BERSYUKUR ?

Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan itu PERCUMA dari Allah...

Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan????

Sesungguhnya, segala sesuatu yg kita milikki adalah dari Allah SWT , dan kesemuanya itu akan di kembali kepadaNya apabila tiba  saatnya nanti.

Semoga kita semua termasuk dari hamba2 yang senantiasa bersyukur.. Amin

Amaran musim panas

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.
“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.
Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.
“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

#simpanMinyakMorhabshidiRumah

Erti persahabatan

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. 'AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. 'ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LI IIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat.

Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah.

Aamiin ��

Monday, February 16, 2015

Bahaya skrin hp dalam gelap

Info medical..
Ini adalah nyats

Benar-benar menakutkan! Belia dengan kanser mata meningkat sebanyak 3%!

Apabila lampu dimatikan pada waktu malam,  tidak boleh melihat telefon bimbit! Sila berkongsi dengan rakan-rakan segera ~

Lazimnya menggunakan telefon bimbit sebelum tidur dalam gelap boleh membawa kepada masalah yang serius.

Baru-baru ini, peningkatan jumlah pesakit yang berusia 30-40 tahun yang mendapatkan bantuan perubatan kerana menggunakan telefon bimbit dalam gelap.

Profesor Li Li, pengarah Hospital Oftalmologi berkata: silau langsung> 30 minit akan menyebabkan mata tidak dapat dipulihkan makula degenerasi yang membawa kepada kemerosotan pusat penglihatan.

maculopathy (kanser mata) bermaksud menunggu hilang penglihatan kerana perubatan moden tidak boleh merawat, apalagi menyembuhkannya.

Telefon terang dalam gelap dengan dekat pandangan & tenaga tinggi diarahkan pada mata akan merosakkan makula mata.

Profesor Li Li berkata gejala degenerasi makula kebanyakannya dialami oleh orang-orang tua, tetapi akhir-akhir ini pesakit semakin muda. Pesakit yang 30-40 tahun meningkat sebanyak 3%, paling kerap adalah pengguna telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, melihat telefon bimbit yang dalam gelap bukan sahaja menyebabkan degenerasi makula. Ia pada mulanya menyebabkan mata kering, katarak dan akhirnya kehilangan penglihatan.

Luka awal mata perlu dirawat dengan laser atau suntikan steroid.

254 Hospital pakar mata Profesor Li Li mencadangkan bahawa perkara yang paling penting adalah untuk menghilangkan tabiat buruk menggunakan telefon bimbit dalam gelap. Oleh kerana penggunaan biasa telefon bimbit dalam gelap sebelum tidur boleh menyebabkan seumur hidup kemudaratan.

Kawan: Dalam usaha untuk menjaga diri kita dan keluarga kita, ingat untuk tidak mematikan lampu jika melihat telefon bimbit. Maklumkan kepada pengguna telefon bimbit segera yang melihat telefon bimbit dalam gelap dengan mudah boleh membawa kepada kehilangan penglihatan!

Sumber: Li Li pakar mata

Makan daging saudara

Tazkirah subuh :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Al-Hujraat : 12)

Sunday, February 15, 2015

Temubual dengan balu tuan guru nik aziz

Buat tatapan suami dan isteri. Temu ramah ini walaupun ringkas ia memberikan peringatan berdasarkan teladan Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin sebuah keluarga. Terima kasih kepada penulis yang menemu ramah dan menggarapnya dengan baik dan bahasa yang mudah (difahami).

ROSMIZA KASIM DAN SITI FATIHAH AWANG
15 Februari 2015

PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.

Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.

Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.

(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).

Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.

Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.

Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.

Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.

Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.

Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).

Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.

Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.

Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.

(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).

Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.

Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.

Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.

Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.

Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.

Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.

Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.

Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.

Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.

Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.

Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.

Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.

Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.

Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.

Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.

Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.

Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.

(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.

Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)

Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.

Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.

Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.

Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
Sekian....

Doa selamat panjang

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya Allah ampunilah dosa dosa kami, Ya Allah sanyangilah kami, Ya Allah tutupilah aib kami, Ya Allah tambahkanlah rezeki kami, Ya Allah berilah kami petunjuk, Ya Allah sihatkanlah kami dan Ya Allah maafkan kami.

Ya Allah sesungguhnya dari Mu kami datang dan kepada Mu pula kami kembali.

Ya Allah berilah kepada kami hidayah Mu supaya kami bersyukur diatas nikmatMu yang  Engkau telah berikan kepada kami.

Ya Allah kuatkanlah iman kami dan semoga kami terus beramal dengan apa yang Engkau redhai.

Ya Allah masukkanlah kami kedalam golongan hamba2Mu yang soleh.

Ya Allah kasihanilah kami semua Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya.

Ya Allah janganlah Engkau uji mereka dengan ujian yang tidak upaya mereka tanggung.

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,  makbulkanlah doa kami Ya Allah.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, ampunilah kami, sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi pengampun.

Ya Allah kuatkan dan sempurna kan iman kami, hidupkan kami dalam iman dan mati kami nanti matilah dalam iman. 

Ya Allah permudahkan
segala urusan kami,  lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami dan
lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati.

Ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat dan keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan fahaman.

Ya Allah hiasilah dan perindahkanlah kami dengan kesihatan tubuh badan semoga kami dapat terus beribadat kepada Mu.

Ya Allah anugerahkanlah kepada kami dan keturunan kami sebagai peyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.  َ

Ya Allah ringankanlah beban hidup kami hari ini dan bukakanlah pintu rezeki kami.

Ya Allah berikanlah nikmat kesejahteraan rohani dan jasmani kami agar kami berjaya berbuat kebaikan.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

Friday, February 13, 2015

Cara mencari muka surat Al-Quran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali anda  baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah)  bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi ilmu.

Wednesday, February 11, 2015

Resepi biskut persahabatan

Bismillah.... :) :)
Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

★ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .

Perpustakaan hapus buku

Info palsu

Salam, ada sedikit info nk maklum ya.
Perpustakaan negara sedang buat pelupusan buku kanak2 dan dewasa. Bagi mana2 taska, tadika, sekolah atau persatuan peribadi atau taman, bolehlah buat permohonan sumbangan buku percuma, kami ada lebih 100 kotak buku lupus (hadiah) nak clearkan, kalau berminat boleh buat surat permohonan sumbangan buku ke sekolah tuan puan ke perpustakaan segera, sbb nk clearkan pada kadar segera atas arahan KP.
Boleh email surat permohonan sumbangan buku bacaan kanak2 dan dewasa ke:-
Khaireen@pnm.gov.my (03-26871808) atau en.aizat
aizat@pnm.gov.my.
Boleh email selewat2nya hari khamis utk kami agihkan kepada yg memohon. Mohon war2kan kepada yg berminat, buku kena ambil sendiri di PNM jalan tun razak.

Monday, February 9, 2015

7 sebab perlu kaya dan berjaya

✳✳✳✳✳✳✳✳✳
         7 SEBAB PERLU
      KAYA DAN BERJAYA
✳✳✳✳✳✳✳✳✳

❇1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Sebarkan mesej bermanfaat ini...Tazkirah petang.....

Belajar bahasa arab

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab ��
��terima kasih - syukran
��sama sama - afwan
��saya minta maaf - aseef (asif)
��itu betul! - hasanan
��mungkin - rubbama
��awas! - intabih
��berhati hatilah - ihzar
��jangan lupa - la tansar
��samiinun - gemuk
��Tawiilun - panjang
��qushlirun - pendek
��khofiidhun - pendek
��nakhiifun - kurus
��Al-yaum - hari
��al-usbu' - minggu
��al-syahr - bulan
��as-sannah - tahun
semoga berjaya ..
Ucapan dalam bahasa arab .
��Selamat malam - laila sa'edah
��sobahul khair - selamat pagi.
��ucapan balas sobahul khair - sobahannur.
��semoga berjaya - bitaufiq wannajah
��salam ukhuwah - salam perkenalan
��jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu
��toba masauk - selamat tengahari
��azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu.
��uhibbuki - saya sayang awak (perempuan)
��uhibbuka- saya sayang awak (lelaki)
semoga berjaya ..
Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana
..kamu (lelaki) - anta
..kamu (perempuan) - anti
..dia (lelaki -seorang ) - huwa
..dia (perempuan-seorang) - hiya
..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma
..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum
..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna
..kami - nahnu
..kalian (ramai) - antum
..mereka - hum
..khalas tu - Siap/settle
..cantik = jameelah
..buruk = qabih
..Bersih = nadziifun
..Malas = kaslaanun
..Yata'allamu = belajar
..Ya'kulu = makan
..Yasyrobu = minum
..Yaqrou = membaca
..Yaktubu = menulis
..Yatakallamu = berbicara
..Yamsiku = memegang
..Ya'malu = mengerjakan
..Yalbasu = mencuci
..Toriiqon = jalan
..Baytun = rumah
..Mirsamun = pensil
..Qolamun = pulpen
..Mimsahatun = penghapus
..Mishbaahun = lampu
..Sabbuurotun = papan tulis
..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki)
..Kaifahaluki- apa khabar (girl)
..Askunufi- saya tinggal di
..Umri- umur
..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan)
..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2)
..Assalamualaikum. ismi ammar wa ismuka?
..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan)
..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2)
..Ahlam Ladiidah = semoga mimpi indah
..Syafakillah-smoga allah menyembuhkn kamu
smoga bermanfaat��������
�� catat laju laju taw

♪BELAJAR BAHASA ARAB♪

*Salam Ukhwahfillah = Slm Pshabatan Krna Allah.
*Ukhti = Kakak @ Saudara Perempuan.
*Akhi = Abang @ Saudara Lelaki.
*Zauj = Suami @ Pasangan (L).
*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P).
*Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat2.
*Syukran = Terima kasih.
*Afwan = Sama2.
*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya.
*Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah.
*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah.
*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah.
*Lau Samatha = Maafkan saya (Excuse Me)
*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa lg esok.
*Illalliqa' = moga bertemu lagi.
*Syafakallah = moga allah myembuhkan awak (L).
*Syafakillah = moga allah myembuhkan awak (P).
*Tafaddhol = Silakan.
*La Aadri = Saya Tak Tahu.
*Maa fii Musykilah = tiada masalah.
*Bittaufiq Wannajah = Smga saya mencapai kejayaan.
*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L).
*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P).
*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P).
*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua.Blasan utk ucapan��.
*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua.Blasan utk ucapan��.
*Allahukhairujaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi.
*Fahimtum? = Adakah anda faham.?
*Fahimna = Kami telah faham.
*Sobahal Khair = Slmt Pagi.
*Ijtahid wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas.
*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsmamu.
*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan.
*Bi idznillah = Dgn izin Allah.
*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin.
*Barakallahu Fiq = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu.
*Masa ul khair = slmt ptg.
*Tushibu 'alal khair = slmt mlm.
*Na'am = Ya.
*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2).
*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah.
*Uridu an azhaba ilal dauratul miah? = Blhkah sy ingin ke bilik air?
*Sanah Helwah = Slmt hr jd..
*Ana Aidon = Saya Juga.
*Ma'as Salamah = Slmt tgal.
*Alaa Khoirin Wa Afiyyah = Dlm keadaan baik & sihat
*Nin Sain? = Kamu ada di mana?
*Ayyuhidma Alaik = Apa yg blh sy bantu?
*Daie = Pendakwah.
*Allah Ghoyatuna = Allah tujuan kami.
*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul teladan kami.
*Al-Quran Dusturuna = Al-Quran Panduan Kami.
*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad jalan kami.
*Al-mautu fisabilillah asma amanina = Syahid cita2 trtinggi kami. ツ

Mari belajar bahasa syurga ! :’)

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i’m really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa’iza ‘azamta fatawakkal’alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa’ - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/ menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahu khairujaza’ - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sun gguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-‘izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu ‘alal khair - selamat malam
32. Na’am - Ya
33. yallah yallah bisura’h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai’e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

Sunday, February 8, 2015

Ada yang ini nak pula yang itu

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin

Saturday, February 7, 2015

Pesanan terbaik untuk ayah dan bakal ayah

��  UTK AYAH  Baru & Lama ��

⚽  1| Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

�� 2| AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

�� 3| Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

�� 4| Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja.  Hu hu Muhasabah diriku..

�� 5| Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH  tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

�� 6| Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah  Sayyidina Umar Al Khattab..

�� 7| Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

�� 8| Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

�� 9| Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

�� 10| Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

�� 11| Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

�� 12| Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

�� 13| Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

���� 14| Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

�� 15| Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

�� 16| Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari  datok dan ayah saudaranya sendiri..

�� 17| Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

�� 18| Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

�� 19| Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

�� 20| Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

�� 21| Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

�� 22| Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

�� 23| AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

���� 24| Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Produk muslim

SOKONG BARANG MELAYU

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faeza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1. Raziana Industries. Kalau  pembekal x mau turun harga.Kita beli saja brgan Melayu.Kita buat mcm selepas 13 Mei 1969...keluh kesah taukeh2 Cina bila brgan depa di pulaukan..

Guru bawa murid kenderaan sendiri

Isu Guru membawa murid menggunakan kenderaan sendiri bagi aktiviti-aktiviti di luar sekolah
1. Tiada halangan asalkan guru rela dan bersetuju tanpa paksaan membawa murid tersebut.
2. Arahan surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2009. Langkah-langkah keselamatan semasa mengikuti aktiviti program lawatan diluar waktu persekolahan perlu di patuhi.
3. Sekiranya berlaku kemalangan,
a) Pihak Guru boleh membuat tuntutan yang akan dibayar oleh kerajaan (TUNTUTAN EX-GRATIA) sekiranya berlaku dalam 2 keadaan:
i) BERLAKU KECACATAN KEKAL
ii) KEMATIAN
Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil.13/1994 dan Bil.7/2001.

b) Murid boleh membuat tuntutan skim takaful sekolah Malaysia (TPSM) rujukan KP(BPSH-SPKIA)703/15/(41) 31Disember 2013.

c) Kerosakan kereta guru - pihak guru perlu membuat tuntutan insuran kereta yang di beli.

d) Walaubagaimanapun pihak sekolah digalakkan untuk membeli insuran tambahan bagi perlindungan semasa perjalanan pergi dan balik. Cara pembelian insuran adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

Abdul Rahim Bin Mohidin
Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin
KPM..maklum utk siapa yg ada kaitan dgn guru2.sbb ramai tak tau.

Roti massimo lawan roti gardenia

Sekarang sesiapa yang p servis kereta Toyota kt pusat servisnya akan diberi 2 biji roti MASSIMO secara percuma. Bawa anak 5 org juga dapat 2 biji seorang.

Kt pej2 kerajaan pun depa dh mula dok bgi roti ni secara percuma. Ini adalah strategi depa secara halus utk melinkupkan bisnes melayu Info yg wajib dibaca oleh pengguna muslim.   MASSIMO dimiliki oleh robert kuok yg mendendami gardenia kerana pmbatalan kontrak pembelian tepung dari mfm miliknya,  gardenia yg dimiliki oleh syed mokhtar dan bernas import tepung dari turki milik org islam yg trnyata lebih berkhasiat dan selamat. Sdgkn tepung milik robert kuok mnggunakn bleach atau benzoyl peroxide yg trnyata memudaratkn pngguna. Bleach flour banned di china dan negara eropah serta beberapa negara lain. Jd massimo ditubuhkn utk membunuh dn mnyaingi gardenia milik org melayu. Supaya kiranya brjaya tepung yg brkualiti rendah lebih mudah dipasarkn dn max profit dpt dprtngktkn walau ianya memudaratkn pngguna. So BANNED MASSIMO BANTU GARDENIA������ copy n paste

Yang nabi tak marah dan Yang nabi marah

::

DARI KHUTBAH JUMAAT

A K U  O R A N G
Y A N G  M E N D E N G A R

M E M B I J A K S A N A K A N
F I K I R  U M A T  T E R B A I K

Bila org lukis kartun Nabi buat sindiran, satu dunia orang Islam marah. Kononnya cinta Nabi.

Bila Nabi solat di Makkah, orang kafir letak najis dan perut unta di tengkoknya, Nabi tak marah.

Nabi di Taif dibaling batu sepanjang 10km. Nabi tak marah. Nabi dimaki hamun, diejek, nabi tak marah.

Tapi bila orang Islam tidak solat berjemaah Nabi sangat marah hingga nak bakar rumah.

Memutuskan silaturrahim Nabi sangat marah..

Inilah yang ada pada umat hari ini..

Apa yang berlaku itu adalah sindiran dari Allah pada orang Islam dengan menggunakan orang kafir sebagai alat saja.

Orang Islam bergaduh dengan masing-masing mendakwa dialah yang paling faham agama, hingga dalam masjid pun bergaduh. Apatah lagi di luar.

Nabi sangat marah bila ummat tinggal dakwah, sehingga Nabi bersumpah demi Allah kamu tidak akan selamat selagi kamu tak buat amar maaruf dan nahi munkar..

Fikir dan insaflah wahai ummat Islam..

Bertaubatlah..

P E R I N G A T A N
B U A T  A K U  Y A N G  T A K
B U A T  K E R J A  D A K W A H

::

4 soalan amirul mukminin menjawab

4 SOALAN KEPADA AMIRUL MU'MINIM

Seorang lelaki bertemu dengan Amirul Mu’minin Ali bin Talib r.a. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul Mu’minin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?

Amirul Mu’minin menjawab,

1. Yang wajib taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan DOSA

2. Yang dekat itu QIAMAT dan yang lebih dekat adalah MATI.

3. Yang pelik ialah DUNIA dan yang lebih pelik ialah CINTAKAN DUNIA.

4. Yang sukar itu KUBUR dan yang lebih sukar pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.

Friday, February 6, 2015

Yang nabi tak marah dan Yang nabi marah

::

DARI KHUTBAH JUMAAT

A K U  O R A N G
Y A N G  M E N D E N G A R

M E M B I J A K S A N A K A N
F I K I R  U M A T  T E R B A I K

Bila org lukis kartun Nabi buat sindiran, satu dunia orang Islam marah. Kononnya cinta Nabi.

Bila Nabi solat di Makkah, orang kafir letak najis dan perut unta di tengkoknya, Nabi tak marah.

Nabi di Taif dibaling batu sepanjang 10km. Nabi tak marah. Nabi dimaki hamun, diejek, nabi tak marah.

Tapi bila orang Islam tidak solat berjemaah Nabi sangat marah hingga nak bakar rumah.

Memutuskan silaturrahim Nabi sangat marah..

Inilah yang ada pada umat hari ini..

Apa yang berlaku itu adalah sindiran dari Allah pada orang Islam dengan menggunakan orang kafir sebagai alat saja.

Orang Islam bergaduh dengan masing-masing mendakwa dialah yang paling faham agama, hingga dalam masjid pun bergaduh. Apatah lagi di luar.

Nabi sangat marah bila ummat tinggal dakwah, sehingga Nabi bersumpah demi Allah kamu tidak akan selamat selagi kamu tak buat amar maaruf dan nahi munkar..

Fikir dan insaflah wahai ummat Islam..

Bertaubatlah..

P E R I N G A T A N
B U A T  A K U  Y A N G  T A K
B U A T  K E R J A  D A K W A H

::

13 wasiat untuk guru

TIGA BELAS WASIAT
untuk para guru مربى

WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA terimalah  pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA  tunjukkanlah pengharga anmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

WASIAT  KEEMPAT ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.

WASIAT  KELIMA  baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

WASIAT KEENAM  setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

WASIAT KETUJUH setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN  berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.

WASIAT KESEMBLAN dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerjabuatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

WASIAT KEDUA BELAS
pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya Allah perentah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

TERIMA KASEH para guru,  kerana respon baik yang diberikan.

ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..��

Lima arahan aneh

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Gulung perlahan-lahan

Dari Utz Rashid AB
(UTK DIFIKIRKAN..)

Ada seorg cikgu bersama2 anak muridnya di dlm kelas. Kata cikgu, "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Skrg kalian berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bgmana caranya mengambil Qur'an yg ada ditengah dgn tangan tanpa memijak karpet?" Murid2nya berpikir. Namun tiada yg mahu mencuba.

Akhirnya Guru memberikan jln keluar, digulungnya karpet, & ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tdk memijak karpet . "Murid2, begitulah ummat Islam & musuh2 islam. Musuh2 Islam tdk akan memijak2 kita dgn terang2. ..Kerana tentu kita akan menolaknya mentah2. Org biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung kita perlahan2 dr pinggir, sehingga kita tdk sedar.

"Jika seseorg ingin membuat rumah yg kuat, maka dibina tapak yg kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yg kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan2 dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh2 Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang2, tapi ia akan perlahan2 meletihkan kita.

Mulai dr perangai kita, cara hidup, pakaian & lain-lain, sehingga meski pun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam & mengikuti cara kehidupan mereka... Dan itulah yg mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). & inilah yg dijlnkan oleh musuh2 kita... "

"Kenapa mereka tdk berani terang2 memijak2 cikgu?" tanya murid2. "Sesungguhnya dahulu mereka terang2 menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, & lain2. Tapi skrg tdkk lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan2, mereka tdk akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang2, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, & mari kita berdoa dahulu sblm pulang..." Matahari bersinar terik tatkala anak2 itu keluar meninggalkan tmpt belajar mereka dgn fikiran masing2 di kepalanya...

Renungilah cerita ini demi kebaikanbersama.������
SEBARKANKANLAH SEKIRANYA IA BERMUNAFAAT..

Pesanan imam syafie

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta." 
- (Imam AsSyafie)

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie) 

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

Thursday, February 5, 2015

Jilat aiskrim

ADIK MAT Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan,         
"Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"         
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".         
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.          "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."         
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2.
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".    
    
Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim.
Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis.
Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"     

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir" hahahahahaha....
������

Wednesday, February 4, 2015

Lelaki itu adalah

Siapa LELAKI   

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.  

Dia korbankan coklat �� nya.. untuk adik beradik �� nya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua    nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit �� untuk beli hadiah  untuk   .. yang dia cinta   .. hanya untuk melihat dia tersenyum  

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri   dan anak2 �� �� .. dengan bekerja lewat malam �� �� tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga �� dengan membuat pinjaman   daripada bank   dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.   

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu  , isteri   dan boss   .

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan   orang lain

Kalau dia keluar rumah   , org kata dia lalai ��

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas ��

Kalau dia marah   anak2   , org kata dia raksaksa ��

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab  

Kalau dia tak benarkan isteri   bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong  

Kalau dia benarkan isteri   bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak   , org kata dia anak  emak ��

Kalau dia dengar cakap isteri �� , org kata dia kena Queen Control ��

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki �� �� supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita �� �� �� supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..

�� �� ��
Tepukan untuk semua lelaki dalam group ini. �� �� �� �� Siapa LELAKI ❓ �� ��

Makna bacaan dalam solat

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang mereka buat (ramai sebenarnya).
Tak hairanlah kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh  itu, marilah kita renung-renungkan dan fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
)Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Semoga bermanafaat utk semua.

Kisah aku jiran dan arnab

mlm smlm sy terkejut bila nmpk kucing sy sdg gigit tengkuk arnab jiran. Sy pun tepuk kepala kucing sy supaya lpskan arnab jiran tu. Bila sy periksa arnab tu sy tgk ia dah mati. Ah sudah! Harga sekor arnab mau rm200. Dahlah jiran sy tu jenis panas baran. Bln lps dia lempang bini dia sbb kasut besepah dpn rumah. Apa lg....cpt2 sy pg basuh arnab tu bersih2 dan keringkan guna hair dryer, pastu sy letak blik dlm sangkar nya kengkonon arnab tu mati dlm sangkar la kan. Pagi ni sy dgr jiran sy membebel marah2 tp sy buat bodoh je. Tetibe jiran ternmpak sy dan ckp 'ko tau tak arnab aku dah mati'!.....err....err sy punyalah cuak takut dia tau kucing sy yg bunuh arnab dia. Sy cuma geleng kepala je tak berani nk bukak mulut. Jiran sy sambung 'yg aku geram arnab tu dah aku tanam kat blkg rumah smlm, tp tah sapa lah yg dah korek keluakan blik, plak tu rajin dia bersihkan bangkai arnab tu. Yg buat aku lg marah dia boleh letak blik bangkai yg dia dah bersihkan tu dlm sangkar. Klu aku dpt sapa orgnya memang jd bangkai jugak gamaknya'....,  Gulp! Sy rasa nak pindah rumah masa tu gak.

Moral of the story -  JGN MSUK CAMPUR URUSAN BINATANG
Copy paste group lain��

Pakar daging melayu di istana britain

Kisah tokey kedai Me'Nate Steak Hub.

Mustaffa pakar daging

Oleh ANIZA ZAINUDIN

SEPASANG tangan dianugerahi Allah SWT membawa lelaki ini jauh merantau ke Eropah. Lebih manis, ia berjaya membuka gerbang Istana Buckingham, London, sekali gus membolehkan anak Malaysia ini berkhidmat kepada Ratu Elizabeth serta mendiang Puteri Diana.

Tanpa latar belakang pendidikan tinggi dan kocek kosong selain meninggalkan isteri dan anak di tanah air pada 1989, Mustaffa Othman, pemilik Me’nate Steak Hub, terbang ke kota London untuk mencari pengalaman, pelajaran serta sumber kewangan lebih baik.

“Sebelum membuat keputusan ke luar negara, saya memiliki perniagaan daging di pasar Subang Jaya. Bagi menimba penga­laman di luar negara dan menambah pengetahuan, saya menjual perniagaan itu kepada orang lain. Hasil penjualan saya gunakan untuk membeli tiket kapal terbang.

“Saya bukan jenis kenal erti takut, lantas saya ting­galkan keluarga di Kuala Lumpur serta pergi ke London tanpa duit poket.

“Sebaik tiba di sana, saya tidur di merata-rata tempat kerana ketiadaan wang untuk menyewa hotel atau mempunyai kenalan hampir seming­gu.

“Waktu itu, sebenarnya saya ke sana untuk mendalami ilmu ‘master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta.

“Ia bukan berkaitan hal akademik sepenuhnya, sebaliknya mengenai kemahiran menguruskan daging, bermula daripada lembu beranak hingga ke dalam pinggan,” katanya ketika ditemui di restorannya di Jalan Kerja Air Lama Satu, Ampang.

Sesi pembelajaran berlangsung pada waktu siang, manakala malam pula lelaki kepada empat cahaya mata ini bekerja sebagai pemotong daging di kedai daging milik warga Pakistan di kota besar itu bagi menampung hidupnya dan keluarga di Malaysia.

Bekerja antara jam 3 pagi hingga 7 pagi setiap hari membolehkan Mustaffa membayar sewa bilik. Dia enggan bekerja di kedai daging milik warga Inggeris kerana khuatir ditugaskan memotong daging babi.

Menganggap tangan dimilikinya anugerah terhebat daripada Allah SWT, Mustaffa menerima tawaran pekerjaan dengan gaji jauh lebih tinggi hingga ditawarkan jawatan dalam Dawn Group of Companies pada 1991.

Syarikat besar yang juga pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth itu kemudian menyedari kemahiran dan kelebihan dalam diri Mustaffa.

Berhasrat untuk bergelar pemotong daging, Mustaffa diuji apabila dia ditinggalkan di dalam sebuah bilik bersama paha lembu, sebilah pisau dan batu asah.

Tanpa menyedari situasi itu adalah sesi temuduga, tempoh kurang daripada 10 minit, daging yang tergantung berjaya dipotong dalam saiz sederhana kecil.

Meskipun kepakarannya terbukti, kerjaya Mustaffa bermula daripada bawah iaitu di seksyen pembung­kusan daging sebelum naik ke tahap seterusnya.

“Cara orang Barat me­ngendalikan daging jauh berbeza dengan negara kita. Mereka tiada masalah kesihatan jika memakan daging berbanding rakyat kita yang dimomokkan pe­ngambilannya mengakibat­kan penyakit.

“Di sana, lembu yang disembelih akan melalui ‘aging process’, kemudian dingin beku selama tujuh hari. Selepas itu baru daging dipotong dalam skala kecil dan dimasukkan ke dalam plastik vakum selama tujuh hari.

“Pada hari ke-15, baru daging berkenaan dijual di pasaran dan selamat dimakan kerana darah aktif mati pada hari ke-21. Daging memiliki banyak khasiat, oleh itu penting bagi kita mempelajari bagaimana menguruskannya,” katanya yang tidak lokek berkongsi ilmu.

Berkongsi cerita bagaimana terpilih sebagai pakar daging di istana, Mustaffa tidak tahu kriterianya namun dia memiliki kebolehan memotong daging mengikut berat tanpa meng­gunakan penimbang.

Katanya, Ratu Elizabeth memegang status Duli Teramat Mulia, jadi segala perkara membabitkan kerabat diraja harus dilakukan orang berkemahiran dan terbaik untuk berkhidmat di mah­ligai bagi memastikan ‘kemuliaan’ itu.

“Disebabkan kemuliaan itu, tiada perkara mahupun makanan kotor memasuki istana, termasuk daging khinzir.

“Ratu Elizabeth dan kerabat sememangnya tidak memakannya kerana tahu ia makanan paling kotor di dunia. Mereka juga hanya meminum alkohol (arak) untuk memanaskan badan, bukan tujuan mabuk.­

“Ketika itu saya dan se­orang lagi sahabat dari Australia bertanggungjawab dalam hal berkaitan daging, sama ada memotong, memasak mahupun menghidang, dan kami bertugas secara bergilir-gilir.

“Dua tahun setengah saya berkhidmat di istana, sewaktu bertugas saya berpeluang bertemu Ratu Elizabeth. Dia memanggil saya dengan nama Usman dan juga mesra bertanya soalan kepada pekerjanya,” kata­nya yang berusia 61 tahun.

Tangan kanan di dada, tangan kiri di belakang badan antara protokol ketika menghidangkan makanan kepada Ratu Elizabeth bertujuan memastikan kuku tukang masak bersih. Tat­kala menjawab soalan dilontarkan Ratu Elizabeth, dilarang sama sekali kerdipkan mata.

Menurutnya, berpeluang bekerja di istana mengajar dirinya mengenai etika, kepatuhan, kebaikan, kebersihan. Menafikan sebarang kesukaran mengerjakan ibadat, Mustaffa berkata, mereka di sana lebih me­nyukai pekerja yang mematuhi perintah agama masing-masing.

“Bayangkan surau yang disediakan di istana untuk tiga pekerja Muslim jauh lebih indah daripada rumah saya hari ini. Pengalaman di sana adalah perkara terbaik mendidik diri saya.

“Selepas dua tahun setengah berkhidmat di istana, saya membuat keputusan kembali bekerja di syarikat (Dawn Group of Companies). Dengan kedudukan kewangan stabil, saya mampu pulang ke Malaysia sebulan sekali sepanjang tempoh 11 tahun di perantauan.

“Pada 2000, timbul isu pe­nyakit lembu gila dan saya diberi cuti setahun apabila kilang tutup, namun masih menerima 10 peratus gaji. Saya pulang ke Malaysia dan enggan kembali ke sana,” katanya.

Tidak betah duduk diam, Mustaffa kemudian merisik pekerjaan di Tesco Puchong sebagai tenaga pengajar berkaitan daging, seterusnya ke pasar raya besar lain, termasuk Aeon Jusco dan Carrefour.

Membuka Me’nate Steak Hub empat tahun lalu, Mustaffa ingin menawarkan perkhidmatan makanan daging halal dan segar kepada masyarakat Muslim khususnya.

Diusahakan bersama teman dan dibantu empat cahaya mata­nya berjaya mengekalkan kestabilan restoran­nya hingga berjaya membuka cawangan di Wangsa Maju membawa nama Meet U Here.

Memilih kerjaya pakar daging, Mustaffa mengakui kesusahan hidup keluarga pada masa lampau yang tidak mampu membeli daging kecuali ihsan dan hari raya korban, membuatkan dirinya meminati daging.

Harapannya, masyarakat sepatut­nya memahami pengetahuan berkaitan makanan, termasuk daging, bagaimana menguruskannya, kaedah pemprosesan dan cara masakan sesuai, sekali gus memberi manfaat terhadap kesihatan diri.

PROFIL:

NAMA: Mustaffa Othman
JAWATAN: Master Butcher (pakar daging) dan pemilik Me’nate Steak Hub
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1951
ASAL: Kota Bharu, Kelantan
ISTERI: Mastura Lehman
ANAK: Muhammad Ezman (25), Amirul Aiman (24), Fareza (23) dan Khisofi (19)
PENDIDIKAN: GCE Advanced Level